Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Assalamualaikum / Hello! Dah lama betul tak update blog ni.
Bukan tiada masa nak update tapi tak pandai nak curi masa untuk update. Heh! Kali
ini aku nak share pengalaman aku mendaki Gunung Kinabalu pada 20-21 Mei 2016.
Oleh sebab ramai yang tanya macam mana mendaki hari itu, apa tips untuk mendaki
Gunung Kinabalu, dan macam-macam lagi soalan, so aku rasa better aku update
dalam blog so that boleh share pengalaman tersebut dengan pembaca lain juga. Ok
jemput baca coretan aku di bawah ye. J
19 Mei 2016
Kami bertiga (aku, my husband and officemate aku) bermalam
di Mountain Resthouse yang jaraknya dengan Kinabalu Park teramatlah dekat. Pada
malam itu, Malim Gunung kami, iaitu Jingkung, membuat briefing session tentang
perjalanan kami sepanjang mendaki Gunung Kinabalu keesokan harinya kerana
beliau tidak ada dengan kami esok. Jadi Malim Gunung kami yang baru pada esok
hari adalah Adli namanya.
- Kinabalu Park -
20 Mei 2016
Selepas breakfast di Mountain Resthouse, kami terus bergerak
ke Kinabalu Park untuk berjumpa dengan Adli dan menerima tag dan lunch pack
daripadanya yang perlu kami bawa sekali. Sebelum kami naik bas yang disediakan
untuk menuju ke Timpohon Gate, kami timbang dulu berat beg masing-masing
walaupun kami tidak mengambil perkhidmatan porter. Berat beg officemate aku
lebih kurang 9kg, berat beg husband aku 8kg dan berat beg aku cuma 4.5kg. Haha!
- Selamat Mendaki! -
Sebelum memulakan pendakian, Adli bagi sedikit briefing dan
menyuruh kami membaca doa. Sebelum mendaki tu wajib buat warm up dulu ye supaya
badan tak terkejut. Haha! Kami start mendaki dari Timpohon Gate pada jam
9.15am. Start slow and steady je. Trail dia tak susah pun sebab banyak tangga. Mengikut kepada pesanan Jingkung pada malam itu,
kalau dapat sampai di KM 4 (Layang-Layang Hut) sebelum jam 12pm, success rate
untuk sampai ke Low’s Peak tu tinggi. Maksudnya kita fit la untuk sampai ke
puncak esok paginya. Alhamdulillah kami dapat sampai ke KM 4 pada jam 11:56am.
Biasanya di KM 4 ini semua pendaki akan berhenti rehat untuk makan lunch pack
yang dibawa dari Kinabalu Park tadi. Aku macam biasa la makan tak pernahnya
habis. Perut kecik lah katakan. Haha!
Selesai je makan minum semua, kami terus bergerak untuk
sampai ke KM 6 (Laban Rata). Di pertengahan jalan, tiba-tiba hujan turun. Mulalah masing-masing pakai
rain coat. Aku memang tak suka pakai rain coat sebab rasa serabut sangat.
Lagi-lagi part kepala dia tu. Haih..sabar je la. Tapi sebab dah hujan, terpaksa
jugalah pakai. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga sampai ke Laban Rata. Agak
slow juga sebab bila hujan, badan jadi sejuk dan susah sikit mendaki dalam
keadaan sejuk dan basah ni. Perjalanan dari Timpohon Gate ke Laban Rata memakan
masa selama 5jam kalau ikut itinerary. Alhamdulillah ngam-ngam 5 jam kami sampai sebab kami start 9:15am dan sampai ke KM 6
pada jam 2:15pm.
- Laban Rata Restaurant -
Sampai sahaja di Laban Rata, kami terus check in Laban Rata
Resthouse. Kat sini dorm style. 1 bilik ada 3 katil double decker. So kami bertiga 1 bilik dengan
2 orang lagi Sabahan (cousin lelaki perempuan) sebilik dengan kami. Alhamdulillah kami menginap di resthouse yang sekali dengan café yang diberi nama Laban Rata Restaurant.
So turun tangga je dah sampai café. Semua pendaki akan berkumpul untuk makan di
café Laban Rata. Disebabkan dinner bermula jam 4:30pm, jadi masing-masing
bersihkan diri dulu dan solat. No water heater sebab tiada cahaya matahari pada
hari itu. Heater dorang guna solar energy. So aku mandi sambil menjerit-jerit
kesejukan la petang tu sebab air dia lagi sejuk daripada ais. Orang Thailand
(sempat berborak sebelum kami mandi) yang tengah mandi kat shower sebelah aku
pun menjerit sama. Sama-sama la kita menjerit. Haha! Aku mandi sampai
berasap-asap keluar dari shower tu. Bukan sebab asap panas tapi asap sejuk.
Nampak betapa sejuknya air tu. Huhu.
Selesai mandi dan solat, aku cuba untuk lelapkan mata
sekejap. Dalam pukul 4:30pm, kami turun ke café untuk dinner. Kat sini buffet
style. So makan la apa pun yang kau nak makan. Tambah la berapa banyak kali kau
nak tambah pun. 1 meja dengan aku tu ada 2 orang Filipina. Lelaki dan
perempuan. Dorang ni cousin. Sempat la berborak dengan dorang time makan. Time ni
kami baru perasan yang kami asyik kenal dengan cousin lelaki perempuan je. Heh!
Selesai dinner, kami terus masuk bilik dan kemas beg untuk
bawa barang yang diperlukan sahaja untuk mendaki ke Low’s Peak esok paginya.
Selesai mengemas dan solat, aku cuba untuk tidur. Tapi malangnya aku langsung
tak dapat tidur. Dari jam 7:30pm sampai jam 9:30pm aku tak boleh tidur. Pukul
9:30pm tu aku pergi toilet sorang-sorang. Masa tu dah sunyi sangat keadaan kat
luar. Macam semua orang dah tidur. Huhu. Aku mengalami masalah tak boleh tidur
sebab dah biasa tidur lewat. Selalu kan tidur jam 11pm ke atas. Ni tiba-tiba
nak tidur jam 7:30pm memang tak dapat la. Last-last aku tak tahu pukul berapa
aku tidur. Tapi yang pastinya aku memang tak lena tidur dan mata aku merah keesokan paginya akibat tak cukup tidur. Huhu.
21 Mei 2016
Jam 1am kami semua bangun bersiap-siap untuk mendaki dan supper di café.
Aku cuma makan 3 keping roti bakar je sebab aku memang tak lalu nak makan
pagi. So after supper, Adli bagi sedikit briefing dan menyuruh kami membaca
doa sebelum memulakan pendakian. Masing-masing dah pakai sweater/wind breaker, glove
dan juga face mask. Kami ikut Ranau Trail iaitu laluan baru yang dibuat selepas
kejadian gempa bumi tempoh hari. Kami memulakan pendakian pada jam 2:40am.
Trail semuanya naikkkkkkkkkk je okay. Bertabahlah. Kat sini mental kena kuat.
Aku punya tarik nafas kuat gila aku rasa. Memang aku agak susah sikit nak
bernafas masa tu sebabnya pakai mask. Kalau buka mask, susah juga nak bernafas
sebab udara sejuk sangat. So kesimpulannya aku kejap pakai mask kejap tak
pakai.
Perlu diingatkan bahawa semua pendaki wajib sampai di KM 7
(Sayat-Sayat Check Point) sebelum jam 5am. Kalau ada yang sampai selepas jam
5am, pendaki tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk meneruskan pendakian
ke Low’s Peak kerana gate telah pun ditutup. Alhamdulillah kami sampai di KM 7
lebih kurang pukul 3:40am. So ambil masa 1 jam dari KM 6 ke KM 7. Sampai sahaja di sini, kita perlu menunjukkan tag nama kita dan orang yang jaga tu akan "tick" nama kita yang menunjukkan kita dah pun sampai di Sayat-Sayat Check Point. Kat sini boleh la kalau ada pendaki yang nak refill air atau
pun membuang air sebelum meneruskan pendakian ke Low’s Peak.
Selepas rest selama 1-2 minit di KM 7, kami meneruskan
pendakian ke Low’s Peak. Time ni banyak kena guna tali. So tongkat memang tak
guna time ni. Time ni pun bermain dengan mental sebab makin susah bernafas dan
sejuk yang amat! Mendaki pun kena jalan zig-zag style untuk elakkan kebosanan.
Mana taknya, puncak dah nampak dah tapi tak sampai-sampai. Jauh betul nak
sampai. Haha!
- #emanelyn #husbandandwifehiker -
Alhamdulillah, tepat jam 5:15am kami berjaya menjejakkan
kaki di Low’s Peak. Perasaan time tu bersyukur dan happy sangat-sangat. Tak
percaya dah berjaya mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara! Kalau orang lain
boleh, kita pun boleh! InsyaAllah..J
Bila dah selesai selfie and wefie time, tiba masa untuk kami
turun ke Laban Rata semula. Sampai sahaja di Laban Rata pada jam 9am, kami terus packing
semua barang untuk check out. Wajib check out sebelum 10:30am. Kalau tak kena
bayar RM100. Kami check out lebih kurang jam 9:30am dan terus turun ke café
untuk breakfast. After breakfast, terus turun menuju ke Timpohon Gate bersama
Adli. Time turun pun ada hujan jugak. Alhamdulillah kami sampai di Timpohon Gate
pada jam 2:25pm. Selepas itu kami menaiki van yang berada di situ yang membawa para pendaki dari Timpohon Gate ke Kinabalu Park semula. Kami lunch di Balsam Restaurant (termasuk dalam pakej) dan mengambil sijil daripada Adli dan memberinya "tips" kerana menjadi Mountain Guide dan juga Photographer kami yang terbaik. Heh!
Selepas setel semuanya, kami bertiga meneruskan perjalanan untuk mencari tempat penginapan untuk kami bermalam lagi 3 malam di Sabah. Honestly aku rasa nak REPEAT lagi naik Gunung Kinabalu sebab view dia Subhanallah..AWESOME sangat! Terima kasih kepada yang sudi baca coretan aku yang
panjang lebar ini. Anda memang seorang yang sangat penyabar! Haha! Kat bawah ni aku senaraikan beberapa tips yang aku rasa pendaki perlu ambil tahu. Semoga membantu!
Tips Penting Mendaki Gunung Kinabalu:
Tips Penting Mendaki Gunung Kinabalu:
- Kalau boleh elakkan mendaki menggunakan kasut Adidas Kampung sebab nanti kaki boleh melecet. Time mendaki okay lagi pakai kasut tu. Time turun dari puncak baru tak okay. So better pakai je kasut untuk hiking. Kalau takde atau malas nak beli, kasut sukan biasa yang untuk jogging tu pun boleh.
- Pakai baju biasa sahaja bila start mendaki dari Timpohon Gate sebab kau akan rasa panas nanti kalau pakai sweater.
- Elakkan pakai sweater yang tebal sangat macam kau nak travel ke overseas tu semasa mendaki dari KM6 ke Low's Peak sebab nanti time turun tu keadaan sangat panas. Aku pakai baju lengan pendek, dilapisi baju lengan panjang dan pakai sweater yang nipis. Tu pun dah cukup. Time turun memang aku tanggal je sweater tu sebab panas.
- Makan waktu supper tu tak payah makan banyak sangat pun takpe. Makan sekadar perlu je. Kalau makan banyak sangat nanti perut kau cepat meragam. Lagi-lagi kalau kau jenis yang tak biasa makan pagi.
- Dari Timpohon Gate lagi tak perlu bawa baju yang banyak. Bawa yang perlu sahaja untuk mendaki. Jangan lupa bawa ubat-ubatan jika perlu. Bawa selipar dan juga keperluan untuk solat.
- Bawa air, kamera dan tongkat sahaja semasa mendaki dari KM 6 ke Low's Peak. Air pun bawa 1 botol kecil pun dah cukup sebab kat Sayat-Sayat Check Point tu ada tempat refill air.
- Tips paling penting! Semasa mendaki, kalau nak rehat cuma 1-2 minit sahaja. Tak boleh lebih. Ini untuk elakkan rasa cepat penat dan juga untuk elakkan terkena syndrom AMS (Altitude Mountain Sickness).

37 7 Comments
bestnyaaaaaa...
ReplyDeleteInsyaallah sy akan pergi naik kinabalu pada 30 september ini. Doakan sy and kawan2 ek :)
sy ada beberapa pertanyaan :)
1. Track pendakian tu macam mana? jenis kena redah pokok2 atau mmg dah built in trail
2. Ada kena bawa torch light ke?
3. Macam mana nak jaga stamina supaya tak pancit / tak cepat penat
4. Dalam masa lebih kurang 3 minggu ini, ada tak tips2 dari segi mcm mana nak maintain body atau tingkatkan stamina?
Terima kasih :)
Hi, thanks drop comment here. :)
DeleteOk saya cuba jawab berdasarkan pengalaman ye.
1) Track pendakian tu ok je..ade byk tangga..xde yg kne redah pokok pn..so jgn risau..hehe
2) Kalau boleh bawa headlamp sbb sng nk mendaki masa naik ke Low's Peak nanti..sebab time tu mendaki dlm kul 2am cmtu..so mmg gelap sangat2.
3) Kalau rasa penat, berhenti dlm 1-2min je lps tu sambung mendaki balik. Jgn berhenti lama2 sbb nnt lg penat nk start mendaki balik.
4) Berlatih turun naik tangga pn dh ok. Mcm sy aritu pergi gym sekali je, lepas tu xde pergi gym dh. Hari2 turun naik tangga je. Alhamdulillah stamina mmg superb.
Saya doakan awak dan kawan2 awak berjaya sampai ke Low's Peak. Mental kena kuat taw sebab kalau fizikal dah out, time tu kita memerlukan kekuatan mental yg amat sangat.
All the best to you and your team! #youcandoit ;)
Tq for feedback :)
DeleteRasa sangat teruja nak pergi and at the same time rasa takut. hahaha
You're welcome dear. :)
DeleteActually saya pun teringin nak pergi lagi sebab best sangat mendaki gunung Kinabalu ni. Rasa dia lain daripada mendaki gunung2 biasa kat Semenanjung. Hehe. InsyaAllah ada rezeki nanti nak naik lagi.
Enjoy your hiking trip! ;)
Mine climbing trip bulan FEB haritu.. tak hujan..cuaca okay..tapi sampai laban rata je larat...sob2x.. FEB tahun depan nak try lagi..dari 4orang janji nak climb tinggal saya sensorang jek..sorang pun sorang la .. ape boleh buat .. janji yg dibuat di gunung kena ditepati .. haha
ReplyDeleteHai Azalea! Thanks komen kat sini. Feb tahun depan tak lama dah tu..tinggal 5 bulan je lagi ni. Hehe. Saya doakan kali ni awak berjaya sampai puncak. InsyaAllah. Amin. :)
DeleteWah..saya pun february tahun depan jg...moga berjaya impiananya..jumpa dsnaaaa
DeleteHi Darkis! Good luck hiking akinabalu next year..semoga selamat sampai ke Low's Peak dan selamat turun ya.. ;)
Deleteawak nk mendaki jugak ke..boleh tak saya join sekali..saya sorang jek dari cameroon highlands..kalau confirm nk mendaki..whassup me 01125684024
Deletesaya daki 7 nov ni
ReplyDeleteGood luck to you! :)
Deletesatu entry yang menarik tuk dibaca .. terima kasih atas tips yang dikongsikan .. doakan untuk perjalanan saya n my team untuk tawan gunung kinabalu pada 23/10/2016 nanti ..
ReplyDeleteThanks for reading fyda! :)
DeleteHello Dzailin! thank you sebab share experience. sangat membantu. Saya & kawan-kawan akan try daki kinabalu utk kali yang pertama 3 minggu lagi insyaaAllah.
ReplyDeleteNak tanya sikit utk training, cukup ke kalau buat daily jog dlm 4 km mcm tu + swim 2 kali seminggu? says increase intensity 1 month before sate dali gunung ni.
haha. sempat daki 2 bukit comel2 je dekat kl'selangor sebelum nk pergi ni.
rasa-rasa stamina akan om x?
Hi zocss! Thanks for reading this post. :)
DeleteBetter try panjat gunung Nuang, Pine Tree Hill dan Ledang. Kalau sempat la. Sebab tiga gunung ni sangat2 membantu. Kinabalu ni banyak tangga. Kalau buat training turun naik tangga setiap hari pun dah ok dah kalau x sempat nak naik 3 gunung tu. Yang paling penting mental kena kuat. :)
All the best to you and your team! ;)
Thank youu Dzailin!
DeleteHuu ok ok. akan try turun naik tangga. mental kenaa kuat. will keep that in mind! thank you!!
You're welcome! :)
DeleteTolonglah buat training naik turun tangga. :)
ReplyDeleteBase on my experient, memang sangat2 penting. Jogging tak berapa membantu sangat :)
Betul tu..saya pun buat training turun naik tangga je..xde jogging pun..memang membantu sangat2..hehe
DeleteBerehhh insyaaAllah will try to do it! thank you!
Deletenak tanya ambik pakej mendaki dengan sapa? ke sendiri-sendiri organise? saya plan nak pg August i.
DeleteAmbil pakej dengan Jingkung. Boleh contact dia kat no ni: +60168460530
Deleteassalamualikum....haii sronok sye membaca entry nie...
ReplyDeletebestnye...trime kasih tip2 yg d beri membantu sye untuk tawan gunung kinabalu...
insyaallah...
Waalaikumsalam Siti Khadijah,
Deleteyou're welcome dear..wish u best of luck k..:)
Entry yang menarik dan sangat membantu.
DeleteThank you :)
Deletehello..berpa package mendaki yek..boleh tahu tak..pm me travel package gunung kinabalu muhdfaizuddin9@gmail.com
ReplyDeleteassalamualaikum..berapa harga package yek ...boleh tahu tak..pm me email.. muhdfaizuddin9@gmail.com ....
ReplyDeleteWaalaikumsalam Faiz..hari tu saya naik package 2h1m RM900 seorang..mahal sket sbb kami bertiga je..kalau lagi ramai lg murah..tp ade lg pakej yg murah..awk boleh survey..:)
DeleteSalam.
ReplyDeleteTerima kasih untuk info dan seronok membaca nya. I akan naik March next year i nak tanya, masa sis naik ke low peak tu just pakai lengan pendek, lengan panjang dan sweater nipis je bertahan ye sis? i try tengok baju sejuk kat columbia, kat North Face mahal nyaa harga dia. and i just planning nak pakai thermal and sweater je. what do you think. okay tak.terima kasih sis
Waalaikumsalam, sama-sama..:) Sebenarnya depends pada ketahanan badan masing2 jugak. Alhamdulillah ok je pakai macam tu masa tu. Tapi kalau hujan pagi tu rasanya memang tak tahan sejuk la. Nasib time I naik tu tak hujan. Hehe. Kalau baju sejuk North Face tu memang mahal harga dia. Rasanya pakai thermal and sweater okay dah tu. I wish you good luck and take care ye sis. :)
DeleteSalam, terima kasih utk info2 n tips. Memang sgt bermanfaat utk trip kami Mac depan :). Boleh saya tahu macam mne nk booking Mountain Resthouse sbb sy try guna agoda xde lak. Berbaloi tak duduk situ? Sis dan geng ke Mt Kinabalu ni sewa kereta atau naik bas/van ye?
ReplyDeleteterima kasih Sis :)
Waalaikumsalam..sama-sama..😊
DeleteMountain Resthouse tu mountain guide kami yg tlg book kt sn. Memang sy cari online xde. Situ sesuai utk backpackers. Tp ade je katil Queen yg ade attached ngn toilet. Heater pn ade. Murah je stay situ. Boleh la nk stay before and after turun dr gng. Kami ke mount kinabalu tu sewa kete viva je. Hehe. I wish you good luck! 😉
Hye ... sy akan naik Akinabalu November nie. try search tips jumpa blog awak. info-very useful. thanks. Keep it up. :)
ReplyDeleteHye..You're most welcome..I wish you good luck! :)
DeleteSalam. A very good info. Saya plan nak naik Kinabalu 12 & 13/4/18 tahun depan. Naik 1 family. 5 dewasa & seorang remaja 14 tahun. Tgh survey cara terbaik & budget. Any suggestion package atau dgn sesiapa yg saya boleh deal. Tq.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Kay. Awak boleh deal dengan Malim Gunung Jingkung-0168460530. InsyaAllah dia boleh guide awak 1 family. I wish you good luck! 😊
Delete