TIPS MENGHILANGKAN RASA MARAH
As'salam kepada semua pembaca.
Post kali ini aku nak bagi 7 tips menghilangkan rasa marah.
Tips-tips ini semuanya berdasarkan pengalaman aku yang cepat marah orang.
Ngahaha~
1) Menangis. Sebenarnya menangis ini bagus sebab dapat melegakan sedikit hati yang tengah panas itu. Ini bagi aku la, kalau korang aku tak tahu la kan. Ngehehe~
2) Dengar lagu kuat-kuat. Ini pun bagus. Kita lepaskan kemarahan kita itu dengan mendengar lagu kuat-kuat. Janganlah dengar sahaja, nyanyilah sekali! Ngihihihi..Tapi ingat, jangan sampai menggangu jiran sebelah pula ye!
3) Cerita kepada orang yang kita rapat. Contohnya kawan baik, parents, adik-beradik, atau bf/gf. Cerita kepada mereka apa yang buat anda rasa marah sangat. Tapi jangan sampai dorang pula yang menambahkan kemarahan anda! Ngahaha~
4) Makan coklat. Contohnya cadbury. Coklat memang bagus untuk dimakan kerana ia dapat menenangkan kita. Jadi lepas ini jangan lupa beli stok cadbury banyak-banyak supaya boleh makan time tengah marah nanti. Ngehehe~
5) Blogging. Ini kepada sesiapa yang ada blog je la kan. Kalau yang tak ada blog, bolehlah tulis dalam diari masing-masing. Luahkan segala apa yang anda rasa di sini.
6) Keluar. Pergilah shopping ke, tengok wayang ke, karaoke ke..walaupun agak membazirkan duit, tapi itu juga satu terapi yang bagus untuk menghilangkan rasa marah itu. Ngehehe~
7) Chattinglah dengan sesiapa yang anda suka di facebook, yahoo messenger, MSN, meebo, skype, gtalk, dan yang seangkatan dengannya. Carilah topik yang dapat menarik perhatian anda dan boleh membuat anda tersenyum. Seelok-eloknya chattinglah dengan seseorang yang suka buat lawak. Ngehehe~
Itu sahaja antara tips yang boleh aku bagi. Kalau kesemua tips itu tidak berkesan dengan anda, sila berjumpa doktor. Itu yang sebaiknya.
Ngahaha~

21 7 Comments
serasi bersama la~~~:D,,,memang sy suka marah gak~~~
ReplyDeletemudah tersentuh jiwa sentimental hati lelaki ini!
xjd pn!!!
ReplyDeleteinsan yg cemerlang.dtg dr akal,hati yg tnang dan jiwenyer yg kuat!
kalau aku marah, aku cakap dengan kucing kat rumah aku ni. lepas puas hati citer kat dia, aku tanya la "Kau faham tak kucing wei?" dan sah-sah dia tak jawap. lepas tu aku sudahi dengan "Haaa tau pun takut dengan aku. Dah pegi maen jauh-jauh." lepas tu dia pun pergi la kat tempat lain dan aku rasa kucing tu takut kat aku.
ReplyDeletekalau semua tips x berjln, ambik wuduk..khatam quran :) Insyaallah, hanya itu je yg bleh padam semua API MARAH
ReplyDelete= xpun tenung lah muka Maher Zain lama2, confirm lega hati :p
perghhh nasib baik lah ade tips2 ni.... iekah dah mmg tgh panas ni.....
ReplyDeletepleaselah tmrow iekah ade killer paper n boleh ade 2-3 group lepak dpn umah n memekak dgn sngt bising
>>nasique
ReplyDeletesentimental rupenye kamu nih..tp jgn smpi skt mental okeh! hahaha..
>>ammar
ReplyDeletetuh tips dari dr fadilah kamtumi tuh!
hahaha..
>apih
ReplyDeleteckp psl kucing, kdg2 lin pn cmtu gak..tp skang kucing da xde kt umah..so xde la jd cmtuh lagi..hahaha..
>>pu3iman
ReplyDeletehaa..betul jugak tuh!lupe nak masukN sekali tadi..aiyaaa! hohoho~
>>iekah
ReplyDeletesabar ye sayang..
papepun, gud luck taw sok! ^_^
"Keluar. Pergilah shopping ke, tengok wayang ke, karaoke ke..walaupun agak membazirkan duit, tapi itu juga satu terapi yang bagus untuk menghilangkan rasa marah itu. Ngehehe~" jangan harap! haha ^_^
ReplyDelete>>zai
ReplyDeletenih mesti u mls gle nk kua nih kan??
ngahaha~
nak no4 je sampai muncit HEHE
ReplyDeleteaku suke dengar lagu kuat2 sambil menyanyi.
ReplyDeletejiran sebelah dah baling kuali kat tingkap bilek aku dah.
sedap sangat sore aku agaknye.
>>fint
ReplyDeleteomg!omg!u makan coklat pn boleh smpi muncit ke yunk?!jgn smpi cmtuh worh..xcomel da t..ngehehe~
>>syaza
ReplyDeletesore ko mmg sedap babe!
tuh ak xnafikan lar..
sbb kdg2 ak pn nk baling bantal [baik skit la] kt ko ble ko stad nyanyi.
ngahaha~
patotlah aku selalu terase macam ade org pandang slek jek.
ReplyDeletehaha.
trime kaseh la syg.
haha.
hahahaha..
ReplyDeletesame2 sayunk..
LOLx! hahaha..
kalu tgh marah, sy mmg luah kn j trus .kne tahan tinge j la sape2 yg kne marah hohoho
ReplyDelete>>maira
ReplyDeletemeluahkan lebih bagus dari menyimpan..^_^
>>anon
ReplyDeletefrom google translate, this is ukrainian language right?
btw, thank you so much! ^_^