MAHARAJA LAWAK AKAN GEGARKAN INDUSTRI HIBURAN!
Assalamualaikum semua...
Entri kali ini nak cakap pasal program baru yang akan muncul di Astro Warna pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam, bermula 1 April 2011.
Mesti korang tahu kan program apa kan..Maharaja Lawak la!!!
Semenjak program realiti Raja Lawak mendapat sambutan hebat daripada rakyat Malaysia, so timbul pula idea untuk menyatukan kembali pelawak-pelawak untuk bertanding di gelanggang yang sama bagi kali ke-2 dalam program berjudul 'Maharaja Lawak'.
Program Maharaja Lawak ini bertujuan mencari gelaran pelawak terunggul di kalangan mereka yang terhebat.
AC Mizal telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab menjadi pengacara bagi program ini yang akan berlangsung selama 10 minggu bersiaran.
Program ini masih lagi menggunakan konsep dan format yang sama seperti mana 5 musim Raja Lawak sebelum ini.
Program ini akan menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis dari musim pertama hingga musim kelima bagi mencari yang terhebat untuk dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak.
Ok bagi sistem pemarkahan pula, 50% akan diadili oleh para juri dan 50% lagi dari undian para penonton melalui SMS. Ini baru adil kan. Hehehe..
Peserta yang mendapat markah paling rendah setiap minggu akan disingkirkan.
Selain itu, mereka tidak akan dihimpunkan dalam satu rumah, sebaliknya mereka hanya akan disatukan di gelanggang yang sama setiap minggu.
Antara para peserta Maharaja Lawak yang bakal memeriahkan program ini ialah Kumpulan Yus & Tauke, Kumpulan Johan & Zizan (RL1), Nabil dan Kumpulan XN3 (RL2), Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir (RL3), Kumpulan Kecik dan Idlan, Alex (RL4) serta juara dan finalis RL5 yang masih belum dikenalpasti.
Credit to era.fm





16 7 Comments
belum start lagi rasnya dah dapat agak sapa bakal pemenangnya.. hehe
ReplyDelete@adan
ReplyDeletesy rase cm johan & zizan je yg menang. hek! tapi xtau la kan..hehehe..
LOL~ astro cari duet lagi~
ReplyDelete@eza
ReplyDeletetau xpe..klu xde tuh, tgk yg dwnld pny je la..hehehe..
haha..mesti best.tp ak xdop pom astro warna.kene langgan ni.haha
ReplyDelete@aming
ReplyDeletesame la ngn aku..tp mak aku mesti x bagi pny langgan2 ni..huhuhu..
wah... best nih...
ReplyDeletejohan n zizang terbaik..hoho
ReplyDelete@afiq
ReplyDeletemmg best! hehehe..
@khai
ReplyDeletesame2!!sokong johan n zizan!^_^
ehh.. tak juga kot... aku rasa yg akan menang nanti adalah yang terbaik. aku xnk justify awal2 sape yg akan menang sebab pada aku, kalau nak dikira kumpulan sepah tu pun bagus gak tu... sepah dan nabil mungkin juga akan buat kejutan. So, kita tunggu sama2 nanti..
ReplyDelete*hampeh tul. kat rumah aku astro warna package aku tak pasang... download kat youtube je nmpknya nanti. kuang3
macam best jer..tunggu
ReplyDelete@dinsanek
ReplyDeleteaah kan..nabil n sepah pn leh tahan gak..tp xkire, nk sokong johan n zizan gak! hahaha..
@aim
ReplyDeletemmg best..so tungguuuu..hehehe..
awat kumpulan cham xde weh??XN3 boring kot..huhuhu
ReplyDelete@zura
ReplyDeletekump cham xdpt join sbb de komitmen len la tuh..syg kn? huhuhu..
XN3 mmg boring..hmmm..