HIV Test untuk Nikah
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama sangat tak update blog. Rasa bersalah dengan diri sendiri sebab dulu janji dengan diri sendiri nak update blog hari-hari tapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Haha!
Okay jom proceed dengan topik kita kali ini. Topik ini sesuai la dengan pembaca yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Senang cerita bakal pengantin la. Hihi. Mohon tabah membaca entri yang panjang gila ni. -.-
Tapi bila tiba hari kejadian, elyn pergi KKS tak bawa pun borang nikah. Slumber badak je pergi dengan tangan kosong. Sampai je dekat kaunter pendaftaran, elyn just cakap nak buat HIV test. Dan staff tu pun bagi pelbagai macam borang nak kena isi. Kemain la banyaknya. Sampai lenguh kaki berdiri kat meja untuk isi borang-borang tu semua. Tulisan pun dah macam cakar ayam sebab dah tak larat nak menulis. Sampai macam tu teruk sekali. Sabar je la. Huhu.
Bila dah hantar segala macam borang tu dekat kaunter pendaftaran tu balik, then kena tunggu pula sampai nombor giliran dipanggil untuk bayar RM1 dan diberi borang-borang yang perlu kita beri kepada nurse atau doktor yang berkaitan. Then terus pergi ke Klinik Pesakit Luar, bilik no 20 di mana HIV test dibuat dan letak borang-borang tu dekat dalam bekas yang disediakan diluar bilik tersebut. Terkejut masa sampai dekat bilik no 20 tu tengok orang ramai gila tengah tunggu giliran. Rupanya bilik tu bukan sahaja buat HIV test, tapi ada banyak juga test lain yang dibuat. Sebab tu la ramai orang. Sabar je la. Huhu.
Sumber: Google
Ingatkan bila dah ambil HIV test, dah setel la. Rupanya belum lagi. Kena pula hantar darah tu ke Makmal. Then kena tunggu result. Nasib baik tak ada orang lain kat makmal masa tu. So cepat la dapat result. Then bila dah dapat result, bagi pula result tu dekat nurse lelaki tadi. Then nurse lelaki tu suruh pergi jumpa doktor bilik no 5 pula. Haih. Ke hulu ke hilir elyn hari tu. Penat kot. Okay dah setel jumpa doktor, pergi balik dekat nurse lelaki untuk hantar report yang doktor dah tulis. Then dalam 5 minit macam tu, nurse lelaki tu keluar dan bagi surat yang bersampul yang memang dah tak boleh buka sampul tu.
"Okay dah siap. Nanti bagi dekat Jabatan Agama ye. Okay tahniah! Awak dah boleh kahwin!" kata nurse lelaki itu kepada elyn. Nak tergelak pun ada dengar. Haha! Tapi rasa happy la bila part HIV test ni dah setel. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan elyn pada hari itu. ^_^



4 7 Comments
Susahnya la kan Elyn? Tapi bila da selesai tu, leganya...Selamat berkahwin la macam tu ya :D
ReplyDeleteHi Ieta, thanks for the wish! ^_^
DeleteNak tanya, mmg xpyh bawa apa2 borang ke? Ada buat appointment or walk in terus any weekdays?
ReplyDeleteHi Nadia..
DeleteYe betul xperlu bawa apa2 borang pun sbb dorg akn bg borang2 yg kte kena isi kt sana nanti. Boleh je walk in terus any weekdays. :)