Backpack to Pulau Perhentian
Sebenarnya trip ke Pulau Perhentian tiada pun dalam plan kami sebelum ini. Kebetulan masa tu AirAsia ada buat Free Seats. So aku macam biasa akan terus cari tiket yang murah masa tu. So ternampak la tiket ke Kota Bharu murah gila masa tu. Hanya RM20/pax return. Murah gila kan? Tanpa berfikir panjang, terus je aku beli tiket tu. Lepas tu baru kami decide nak pergi mana. Baru la timbul idea pergi Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian di Terengganu, tapi lagi dekat kalau naik flight ke Kota Bharu. Then dari Airport Kota Bharu terus ke Jetty Kuala Besut. Tapi kalau korang nak naik bas, boleh la direct ke Terminal Bas Kuala Besut. Dari situ kena jalan kaki dalam 10 minit ke Jetty Kuala Besut.
Bila dah sampai Airport, kami naik mini van bersama 2 orang lagi foreigners. Dapatlah harga RM25/pax. Tiket boat transfer pun kami beli dengan abang tu juga. RM70/pax return. Kalau ikutkan RM60 pun boleh dapat. Tapi disebabkan kami naik van dengan abang ni, kena la beli dengan dia jugak tiket boat transfer. Huhu.
Bila dah sampai Airport, kami naik mini van bersama 2 orang lagi foreigners. Dapatlah harga RM25/pax. Tiket boat transfer pun kami beli dengan abang tu juga. RM70/pax return. Kalau ikutkan RM60 pun boleh dapat. Tapi disebabkan kami naik van dengan abang ni, kena la beli dengan dia jugak tiket boat transfer. Huhu.
Sampai sahaja di Jetty Kuala Besut, kami kena bayar tiket masuk ke Marine Park sebanyak RM5/pax. Lepas tu baru tunggu bot untuk ke Pulau Perhentian. Bot pergi ada untuk setiap satu jam. Agak lama jugak la nak tunggu bot tu datang. Perjalanan dari Jetty Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30minit. Pakcik bot tu akan tanya korang stay kat mana. So dia akan hantar ikut lokasi korang stay. Macam aku and husband stay kat Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian Kecil. Pakcik tu akan hantar kami ke Jetty Coral Bay sebab dekat je Ombak dengan Jetty tu.
Kami sampai awal di Pulau Perhentian. Kami terus ke Reception untuk check-in. Disebabkan kami sampai awal, terpaksalah tunggu sampai jam 2:30pm untuk check-in bilik. Nasib baik dapat free welcome drink daripada Ombak Dive Resort untuk setiap guest yang check-in. Kami diberi orange juice + 500ml botol mineral water. Dapatlah lepak-lepak kat Ombak Cafe tu dengan free WiFi yang ada kat situ. Stay dekat Ombak Dive Resort is highly recommended! Bilik dia cantik dan selesa.
Keesokan harinya baru kami bayar untuk pakej long trip snorkeling sebanyak RM40/pax under Ombak Snorkeling Trip. Pakej long trip tu cover 6 point termasuk lunch seperti yang aku senaraikan di bawah. Start 10:30am dan berakhir jam 04:30pm. Kalau korang stay lama di Pulau Perhentian ni boleh la ambil pakej Rawa Island untuk keesokan harinya pulak. InsyaAllah kami akan repeat untuk ke Rawa Island dan stay di tempat lain pulak lepas ni. Hehe.
- Turtle Beach/Coral Point
- Turtle Point
- Shark Point
- Lunch at Fisherman Village (lunch bayar sendiri)
- Light House
- Romantic Beach
Selesai je snorkeling, kitorang decide untuk ke Windmills, Long Beach pada keesokan paginya. Ada 2 cara untuk ke Windmills. Samada menaiki bot atau hiking. Macam biasa..kami pilih untuk hiking. Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Ombak Dive Resort. Kalau nak hiking, kena lalu jalan ke Ombak Dive Resort. Straight je sampai jumpa signboard ke Long Beach. Then ikut je jalan tu sampai la jumpa Ewan's Cafe. Ikut je jalan tepi Ewan's Cafe tu. Jalan terus sampai jumpa signboard ke kiri untuk ke Windmills. Then nanti ada jumpa tempat construction. Ikut jalan belah kanan. Kena hati-hati jalan kat situ. Then belok kanan turun bukit sikit pastu belok kiri. Pastu nanti ada je signboard ke Windmills. Ikut je signboard tu. InsyaAllah tak sesat. Pengalaman kami hiking ke Windmills, kami jumpa dengan 5 ekor biawak yang besar gila saiz dia di tempat-tempat yang berlainan. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik ada my husband tukang halau biawak-biawak tu semua. Haha.
Kat bawah ni full itinerary dan tips yang aku share dengan korang.
12/04/2017
06:35am – Flight to KB – RM20/pax (bought
during AirAsia Free Seats on 4/9/2016)
07:35am – Sampai di Airport Kota
Bharu
09:00am – Naik mini van dari
Airport Kota Bharu – RM25/pax
09:50am – Sampai di Jetty Kuala
Besut
Beli tiket boat transfer ke Pulau Perhentian – RM70/pax return
Breakfast di Jetty Kuala Besut
Bayar fee entry to Marine
Park – RM5/pax
10:30am – Bergerak ke Pulau
Perhentian
11:00am – Sampai di Pulau
Perhentian
11:15am – Dapat free welcome drink from Ombak Dive Resort
02:30pm – Check-in bilik Ombak Dive
Resort – RM370/room (Deposit RM100)
08:00pm – Dinner at Ewan’s Cafe
13/04/2017
07:00am – Bersiap dan free breakfast di
Ombak Cafe
10:30am – Snorkeling to 5 point (Long Trip) –
RM40/pax
12:30pm – Lunch at Kampung Nelayan
04:30pm – Done snorkeling dan sampai di Ombak Dive Resort
07:30pm – Dinner at Ewan's Cafe
14/04/2017
07:00am – Bersiap dan free breakfast di
Ombak Cafe
08:00am – Bergerak menuju ke Windmill, Long Beach
08:30am – Sampai di Windmill, Long Beach
11:30am – Tunggu bot di Jetty Pulau Perhentian Kecil
12:00pm – Bergerak dari Pulau Perhentian ke Jetty Kuala
Besut
12:30pm – Sampai di Jetty Kuala
Besut
12:40pm – Lunch di Jetty Kuala Besut
01:00pm – Berjalan menuju ke Terminal Bas Kuala Besut
01:10pm – Sampai di Terminal Bas Kuala Besut
02:30pm – Naik bas Cityliner nombor
639 dari Terminal Bas Kuala Besut ke Kota Bharu – RM6/pax
04:00pm – Sampai di Terminal Bas Kota Bharu
04:05pm – Naik bas Cityliner nombor
9 dari Terminal Bas Kota Bharu ke Airport – RM1.80/pax
04:25pm – Sampai di Airport Kota Bharu
Total perbelanjaan di Pulau Perhentian:
Pengangkutan - RM122.80/pax
Penginapan - RM370/room
Snorkeling - RM40/pax
Marine Park fee - RM5/pax
Makanan/Minuman - RM98.10/couple (1 breakfast + 2 lunch + 2 dinner)
Total = RM803.70/couple
Tips di Pulau Perhentian:
- Beli flight ticket ke Kota Bharu masa Free Seats so dapat murah sikit harga.
- Kalau nak naik bas dari Airport, boleh naik bas Cityliner nombor 9 dari Airport KB (tunggu bas kat bus stop luar Airport) ke Terminal Bas KB. Then naik bas Cityliner nombor 639 dari Terminal Bas KB ke Terminal Bas Kuala Besut.
- Kalau sampai awal di Pulau Perhentian, korang boleh ambil short trip snorkeling dulu untuk tidak membuang masa menunggu masa untuk check-in.
- Ambil pakej snorkeling di Coral Bay lebih murah. Long trip (RM40/pax), Rawa Island trip (RM50/pax).
- Makanan di Ewan's Cafe lebih murah dan sedap.
- Makanan di Ombak Cafe lebih mahal. Hanya di Ombak Cafe sahaja yang boleh bayar guna Credit Card. Cafe lain semua cash only.
- Bagi korang yang takut biawak, elakkan hiking ke Windmills. Elakkan juga hiking pada waktu senja (kalau nak kejar sunset) mahupun pagi buta (kalau nak kejar sunrise) sebab kat situ kena lalu construction zone yang bagi aku agak bahaya kalau lalu waktu gelap. Pergi dengan menaiki bot lebih selamat dan cepat. Cuma perlu sediakan duit sahaja. Hihi. Tapi ikut korang la kalau korang nak hiking jugak.
- Boat transfer dari Pulau Perhentian ke Jetty Kuala Besut cuma ada pada pukul 8am, 12pm dan 4pm sahaja.
- Antara chalet yang okay dan kawasan yang bersih di Coral Bay adalah Sharila Resort dan Ombak Dive Resort. Yang lain bukan tak okay cuma aku tak berapa berkenan la. Lain orang lain taste. Haha!
- Kalau ada backpacker yang nak tidur dalam khemah, boleh pacak khemah kat Maya Chalet. Sewa khemah tak sure berapa.
- Kalau nak rasa stay kat private island, boleh stay kat D'Lagoon. Dekat je dengan Windmill. Tapi kawasan belakang D'Lagoon tu agak tak berapa bersih bagi aku. Lepas tu jauh la dari chalet-chalet lain. Tapi view pantai depan chalet tu memang mantap.





2 7 Comments
dalam perancangan tapi tataula bila betol2 nak pegi..
ReplyDeletebookmark dlu.. hehe nanti dtg balik insyallah baca details..
Pergi la nanti..best sangat Pulau Perhentian ni..tak puas pergi dulu. Rasa nak repeat lagi..haha
Delete