*gambar sekadar hiasan*
Saiz hidangan: 5 orang
Masa: 20 minit
Bahan untuk inti:
- Kelapa parut - 2 cawan
- Gula - 3/4 cawan
- Gula merah - 3 sudu besar
- Air - 1 cawan
- Tepung gandum - 2 sudu besar
Bahan untuk adunan:
- Santan - 1 cawan
- Tepung pulut - 500gm
- Kapur makan - 12 sudu kecil
- Air - 1/2 cawan
- Daun pisang - secukupnya (dilayur)
- Minyak masak - secukupnya
Cara membuatnya:
- Untuk inti: Masukkan gula dalam kuali/periuk dengan menggunakan api yang perlahan. Kacau sehingga gula bertukar menjadi keperangan.
- Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati dan rata.
- Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sehingga gula larut dan masukkan kelapa parut dan kacau sehingga agak kering.
- Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan diselang-seli dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Untuk adunan: Bancuhkan kapur makan bersama air dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Kemudian satukan santan dengan tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan air kapur (bahagian atas air kapur) sedikit sehingga dapat membentuk bebola yang sederhana besar.
- Masukkan inti tadi di bahagian tengah dan bentukkan menjadi bebola semula. Buatkan sehingga adunan habis.
- Ambil sehelai daun pisang dan sapukan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan bebola tadi dan lipat mengikut bentuk tersendiri.
- Masukkan di dalam periuk ajaib dan kukus selama 30 minit.
- Sedia untuk dihidang.


0 7 Comments